Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tazkirah Jumaat 20191220

Published: 20 Dec 2019 2.06 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Assalamualaikum wbth dan selamat pagi, TAKUTILAH ALLAH SWT DI MANA SAHAJA KAMU BERADA Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Ini adalah Hadith Hasan sahih. (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tazkirah-jumaat-20191220
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:11 MYT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,

TAKUTILAH ALLAH SWT DI MANA SAHAJA KAMU BERADA

Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Ini adalah Hadith Hasan sahih. (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

Matan hadith :

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

] جامع الترمذي ,كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في معاشرة الناس,رقم الحديث 1987[

Pengajaran Hadith :

1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan dan maksiat.

3. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan bertaubat.

4. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh untuk menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak mulia.

Sumber kitab:

1. Kitab Jami’ At-Tirmizi
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin

#TazkirahJumaat

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Image may contain: text

ArticlePublished 20 Dec 2019 2.06 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM