
Article
Tanah Jerlus Masjid India Kpn Turun Padang Tinjau Kawasan Operasi Sar
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024 – Susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain turun padang meninjau lo...
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024 – Susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain turun padang meninjau lokasi kejadian dan melihat sendiri perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR), di sini.
Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah ditaklimatkan mengenai situasi semasa oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Tuan M Fatta M Amin di Pos Kawalan Tempat Kejadian.
Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa bersama timbalannya, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.