Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tan Sri Razarudin Pengerusikan Mesyuarat Jtk Induk Pdrm Bilangan 3 Tahun 2024

Published: 15 Oct 2024 4.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 3 bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-razarudin-pengerusikan-mesyuarat-jtk-induk-pdrm-bilangan-3-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:50 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 3 bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam tadi, pelbagai isu berkaitan integriti dibincangkan selain penekanan kepada pematuhan Arahan Ketua Polis Negara Bilangan 191 – “Total Enforcement” ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Turut ditaklimatkan kepada Tan Sri Razarudin tadi ialah pelaporan maklum balas JTK jabatan dan kontinjen seperti pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028 dan laporan suku kedua tahun 2024 bagi pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin, serta para Pegawai Kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 11 people and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT BUKITAMAN AMAN 白.一 ុន 00 S オ E SUTNCN S'

May be an image of 3 people and text

ArticlePublished 15 Oct 2024 4.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM