
Artikel
Tan Sri Razarudin Pengerusikan Mesyuarat Jtk Induk Pdrm Bilangan 3 Tahun 2024
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Induk Polis...
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 3 bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Turut ditaklimatkan kepada Tan Sri Razarudin tadi ialah pelaporan maklum balas JTK jabatan dan kontinjen seperti pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028 dan laporan suku kedua tahun 2024 bagi pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024.
Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin, serta para Pegawai Kanan PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin



