Article
Tan Sri Razarudin Kpn Rasmi Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Video Pilihan
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - KPN yang ber...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - KPN yang berlangsung di Kompleks Institut Pengajian Tasawuf, Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan serta penglibatan aktif penduduk setempat dalam menjayakan program tersebut yang secara kebetulan merupakan kampung kelahiran beliau sendiri.
Malah kehadiran ibunda tercinta, Puan Rahmah Abd Rahman telah menjadikan program tadi begitu bermakna buat Tan Sri Razarudin.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSkXmwkhy/
Sumber: TikTok PDRM
Juruvideo: Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

