Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tan Sri Noor Rashid Diraikan Dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Uskpn

Published: 08 Mar 2019 12.08 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjalankan persaraan wajib pada 17 Mac ini, satu Majlis Ramah Mesra bersama Warga Urus Setia KPN telah diadakan di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-noor-rashid-diraikan-dalam-majlis-ramah-mesra-bersama-warga-uskpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT

Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu Majlis Ramah Mesra bersama Warga Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) telah diadakan di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman, petang tadi.

Tan Sri Noor Rashid akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mac ini setelah menabur bakti selama 35 tahun dalam pasukan, bermula sebagai seorang Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Noor Rashid telah menyampaikan penghargaan kepada KPN, IG Tan Sri Dato Sri Mohamad Fuzi Harun dan keluarga besar Urus Setia KPN yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memastikan setiap arahan, gerak kerja serta urus tadbir pejabat berjalan dengan lancar.

Turut hadir, Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Azisman Alias, Ketua Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Din, Ketua Urusetia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Fisol Salleh.

IMG_1086
Bergambar kenangan.

0R9A6769
Ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim

0S4A0106
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri semasa sesi pemotongan kek.

0R9A6779
Sesi penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Fuzi Harun kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

0R9A6788
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim beramah mesra dengan warga Urus Setia KPN.

ArticlePublished 08 Mar 2019 12.08 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM