Tan Sri Mohamad Fuzi Hadir Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat
Kuala Lumpur, 2 Mei 2019 – Bersempena dengan persaraan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun esok, satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan di Masjid Bukit Aman, dekat sini.
Tan Sri Mohamad Fuzi yang tiba kira-kira pada jam 7 petang tadi menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah sebelum menyertai bacaan yasin dan tahlil bersama 700 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), diikuti solat fardhu Isyak dan makan malam.
Majlis Tahlil dan Doa Selamat itu dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud sejurus selesai solat fardhu Maghrib.
Yang turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, barisan pengarah PDRM, Pemangku Pengerusi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki, ahli-ahli PERKEP dan para pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Sekitar bacaan yasin dan tahlil berlangsung.
Sekitar bacaan yasin dan tahlil berlangsung.
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Masjid Bukit Aman.
Sekitar solat fardhu.