
Artikel
Tambah Baik Garis Panduan Eksa Dan Eksa Kendiri Pdrm Wujudkan Persekitaran Kondusif
Cameron Highlands, 27 Februari 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan Ben...
Cameron Highlands, 27 Februari 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Kendiri selama empat hari bertempat di Dewan Tanah Rata, di sini.
Hadir merasmikan majlis penutupan bengkel pagi tadi adalah Superintendan Pelaksanaan dan Pemantauan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Superintendan Za-Idah Ekhwan mewakili SAC Dasar Strategik PDRM, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Azman Abd Razak.
Objektif bengkel tersebut adalah mewujudkan garis panduan yang seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi daya saing organisasi selain penambahbaikan berterusan terhadap pelaksanaan EKSA dalam PDRM selari dengan hala tuju Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Melalui bengkel tersebut, para peserta dapat berkongsi ilmu dan idea daripada fasilitator jemputan iaitu Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tuan Roslan Mohd Yusof bagi penambahbaikan penyeragaman dan amalan pembudayaan EKSA PDRM yang lebih efisien serta komprehensif untuk menghasilkan satu garis panduan EKSA yang lebih baik kepada Pasukan sekali gus dapat menghasilkan Buku Garis Panduan EKSA dan EKSA Kendiri PDRM terkini.
Selain itu, beberapa pandangan dan cadangan turut dibincangkan sepanjang bengkel diadakan untuk mencapai piawaian sebenar yang ditetapkan pihak Unit MAMPU, Jabatan Perdana Menteri bagi meningkatkan prestasi kerja dengan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga PDRM yang sentiasa cakna terhadap sebarang perubahan budaya persekitaran organisasi.