Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

FAKTA: TAHUKAH ANDA DI MANA TUGU PERINGATAN POLIS?

Diterbitkan: 16 Nov 2018 12.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tugu Peringatan Polis terletak di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Ianya sebagai simbolik penghormatan bagi memperingati mereka yang terkorban bukan sahaja semasa era darurat tetapi juga semasa menjalankan tugas semenjak Badan Penguasa Undang-Undang ditubuhkan di dalam Negeri-negeri Tanah Melayu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahukah-anda-di-mana-tugu-peringatan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:37 MYT
FAKTA: TAHUKAH ANDA DI MANA TUGU PERINGATAN POLIS?


Tugu Peringatan Polis terletak di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Ianya sebagai simbolik penghormatan bagi memperingati mereka yang terkorban bukan sahaja semasa era darurat tetapi juga semasa menjalankan tugas semenjak Badan Penguasa Undang-Undang ditubuhkan di dalam Negeri-negeri Tanah Melayu. 

Era darurat telah mengorbankan seramai 1,354 pegawai-pegawai dan anggota Pasukan Polis Biasa, Polis Khas dan Polis Tambahan dari berbagai-bagai peringkat.

Pembinaan Batu Peringatan yang tersergam indah itu sebagai inspirasi kepada anggota-anggota pelatih polis semasa menempuh latihan yang membawa cogan kata ketika itu “TIDAK ADA LEBIH CHINTA DARIPADA CHINTA KEPADA TANAH AIR DAN BERKORBAN DEMI KEPENTINGAN RAJA DAN NEGARA”

Tugu Peringatan Polis mempunyai ketinggian 85 kaki bermukakan batu marmar biru laut dan berlambangkan Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu. 

Di atas papan gangsa di tugu itu terukir potret-potret menunjukkan enam bangsa-bangsa utama di negeri Tanah Melayu iaitu Melayu, China, India Utara, Tamil dan Eropah yang menganggotai pasukan polis. 

Di dinding sebelah kanan menara tertera satu cogan kata iaitu “MEREKA YANG TERKORBAN KERANA NEGARA” dan lambang-lambang Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Penang dan Melaka.

Batu Peringatan ini telah dirasmikan oleh Al Marhum Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Negeri-negeri Tanah Melayu yang pertama Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Tuanku Muhammad pada 11 Mac 1959. Bendera polis sentiasa berkibar di atas tiang di depan Batu Peringatan.

Ihsan : Cawangan Muzium Polis Diraja Malaysia


ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2018 12.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM