
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Perlis Marshal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Inovasi Sempena Hari Inovasi Peringkat Kementerian Dalam Negeri Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia untuk terus berinovasi, berkarya dan mencipta pembaharuan demi kecemerlangan pasukan serta kemajuan negara.