Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tahniah Empat Pegawai Polis Wanita Pertama Diperaku Sebagai Juruterbang Pdrm

Published: 11 Sep 2023 11.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi tahniah buat empat pegawai polis wanita yang julung kalinya diperakui sebagai Juruterbang Pasukan Gerakan Udara - PGU PDRM.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahniah-empat-pegawai-polis-wanita-pertama-diperaku-sebagai-juruterbang-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi tahniah buat empat pegawai polis wanita yang julung kalinya diperakui sebagai Juruterbang Pasukan Gerakan Udara - PGU PDRM.

Keempat-empat pegawai polis wanita tersebut telah berjaya menamatkan Kursus Private Pilot’s Licence No. 19 Siri 1/2021 yang turut disertai oleh lapan lagi pegawai polis lelaki dan kesemua mereka disematkan lencana sayap penerbangan oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam sambutan Hari Ulang Tahun PGU ke-44 yang diadakan di Pangkalan Latihan Udara PGU, Ipoh, Perak.

Semoga akan lebih ramai lagi pegawai polis wanita yang berani menceburi bidang penerbangan dan membuktikan bahawa wanita juga setanding juruterbang lelaki serta mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

 
ArticlePublished 11 Sep 2023 11.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM