
Article
Tahniah Atlet Pdrm Rangkul Pingat Dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022
Tahniah buat atlet para berbasikal Polis Diraja Malaysia, Konstabel Farina Shawati Mohd Adnan yang bertindak sebagai jurumudi kepada atlet paralimpik Cik Nur S...
Tahniah buat atlet para berbasikal Polis Diraja Malaysia, Konstabel Farina Shawati Mohd Adnan yang bertindak sebagai jurumudi kepada atlet paralimpik Cik Nur Suraiya Muhamad Zamri berjaya merangkul pingat Emas bagi acara "1000 Meter Time Trial" Wanita dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung di Chun'an Jieshou Sports Centre Velodrome, China.
Manakala Lans Koperal Nurul Suhada Zainal, jurumudi kepada atlet paralimpik, Cik Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais pula berjaya merangkul pingat Perak dalam acara berbasikal bagi kategori "1000 Meter Time Trial" Wanita dan pingat Gangsa bagi kategori "3000 Meter Individual Pursuit" Wanita dalam kejohanan yang sama.
Syabas buat para pemenang!