
Artikel
TAHNIAH ATLET BINA BADAN PDRM RANGKUL TEMPAT KETIGA DAN TOP 10 DALAM KEJOHANAN 14TH WBPF WORLD BODYBUILDING AND PHYSIQUE SPORTS CHAMPIONSHIPS 2023 DI KOREA SELATAN
Tahniah buat atlet bina badan Pasukan yang berkhidmat di Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, Koperal Sokongan Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah
Tahniah buat atlet bina badan Pasukan yang berkhidmat di Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, Koperal Sokongan Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah yang berjaya merangkul tempat ketiga bagi Kategori “Light Middle Weight 75 kilogram (kg) -80kg” di Kejohanan 14th WBPF World Bodybuilding and Physique Sports Championships in South Korea 2023 yang berlangsung dari 6 November hingga 12 November ini di Oak Valley Resort, Wonju City, Gangwork Province, Korea Selatan.
Turut melakar sejarah ialah Sarjan Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz dari Unit Tindakhas yang berjaya diumumkan sebagai Top 10 menerusi Kategori “Man Athletics Up To 175cm” dalam kejohanan yang sama.
Syabas dan tahniah buat badang perkasa PDRM!
Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia dan WBPF_Championship