Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tahanan Reman Kes Bayi Dikerat Lapan Dilanjut Tiga Hari Lagi

Diterbitkan: 12 Jul 2015 12.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 12 Julai- Tahanan reman wanita berusia 31 tahun berikutan penemuan mayat bayi perempuan dikerat lapan, dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut pihak polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahanan-reman-kes-bayi-dikerat-lapan-dilanjut-tiga-hari-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:56 MYT

Alor Setar, 12 Julai- Tahanan reman wanita berusia 31 tahun berikutan penemuan mayat bayi perempuan dikerat lapan, dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdul dalam kenyataan hari ini berkata, perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Che Rohana Ismail.

Wanita belum berkahwin itu yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum ini, direman empat hari bermula Khamis lepas.

Pada 7 Julai lepas, polis menahan seorang wanita berikutan penemuan mayat bayi berusia lapan bulan yang dikerat kepada lapan bahagian di tangki septik di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra.

Laporan bedah siasat oleh pihak hospital menunjukkan bayi perempuan itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2015 12.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM