Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Larikan Mpv Polis Diberkas

Published: 17 Jun 2014 7.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Rakan suspek pula ditahan tiga anggota polis di kawasan sama. 'Suspek melarikan kenderaan MPV itu ke arah Taman Tas dengan memandu secara melawan arus. Polis kemudiannya menemui MPV itu ditinggalkan d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-larikan-mpv-polis-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:32 MYT

Kuantan, 7 Julai - Seorang lelaki yang ditahan kerana mencuri simen melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik polis sebelum diberkas selepas melarikan kenderaan itu sejauh 15km.

Sebelum kejadian, suspek terbabit bersama seorang lagi rakannya, masing-masing berumur 30-an, mencuri simen di kawasan tapak pembinaan perumahan di Indera Mahkota.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad, empat anggota polis iaitu dua menunggang motosikal dan dua lagi menaiki sebuah MPV, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada penyelia tapak pembinaan itu.

"Anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 12.15 tengah hari dan mendapati kedua-dua suspek sedang memunggah simen ke dalam sebuah lori. "Kedua-dua suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun seorang daripadanya diberkas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selepas memberkas suspek terbabit, seorang anggota polis memasukkan suspek ke dalam MPV itu dan sejurus pintu ditutup, suspek bertindak melarikan kenderaan itu.

Rakan suspek pula ditahan tiga anggota polis di kawasan sama. "Suspek melarikan kenderaan MPV itu ke arah Taman Tas dengan memandu secara melawan arus. Polis kemudiannya menemui MPV itu ditinggalkan di tepi jalan di Taman Tas 15 minit kemudian, dengan satu daripada tayar belakangnya pecah," katanya.

Aziz berkata hasil gerakan memburu, suspek ditahan berhampiran sebuah kedai besi buruk, di Jalan Galing Kem, dekat sini 6.30 petang semalam.

"Kedua-dua suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan penyalahgunaan dadah," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM