Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia

Diterbitkan: 24 Jun 2015 8.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk mempertingkatkan lagi operasi serbuan dadah di seluruh negara dari semasa ke semasa. Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, kerjasama yang mantap dan penyaluran maklumat yang baik antara masyarakat dan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-optimis-gempur-sindiket-dadah-seluruh-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:45 MYT

Kuala Lumpur, 24 Jun - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk mempertingkatkan lagi operasi serbuan dadah di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, kerjasama yang mantap dan penyaluran maklumat yang baik antara masyarakat dan polis serta media massa adalah penyumbang tersebesar yang membantu melumpuhkan operasi sindiket dadah di seluruh negara.

"Bermula dari Januari sehingga 21 Jun tahun ini, pihak polis telah melaksanakan tangkapan seramai 87,274 orang yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan merampas sejumlah 568.68 kilogram (kg) syabu yang bernilai RM66.5 juta,"katanya.

"Terbaru, pihak polis telah berjaya memberkas empat suspek warga Afrika dengan rampasan 8.26 kg dadah bernilai RM1.8 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada 22 Jun lalu,"ujar beliau lagi.

 Dato' Sri Mohd Mokhtar turut berkata, kelmarin pihak polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier serta berjaya menangkap dua suspek warga Afrika dan merampas satu kilogram syabu yang disyaki dibawa masuk dari negara China dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM200,000.

Kejayaan demi kejayaan ini meningkatkan lagi keazaman PDRM khusunya JSJN sendiri untuk menggempur pengedaran najis dadah di dalam negara ini secara habis-habisan.
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff semasa sidang media
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Narkotik menunjukan barang yang dirampas 
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Narkotik menunjukan barang yang dirampas 
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Antara dadah yang dirampas 
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Antara dadah yang dirampas 
Sting Optimis Gempur Sindiket Dadah Seluruh Malaysia
Antara dadah yang dirampas 

ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2015 8.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM