Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sting Bongkar Makmal Rampas Dadah Rm1 5 Juta Di Pulau Pinang

Diterbitkan: 24 Jul 2015 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 23 Julai - Polis merampas kira-kira 26 kilogram heroin dan 0.6 kilogram syabu bernilai lebih RM1.5 juta serta menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, dekat sini Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-bongkar-makmal-rampas-dadah-rm1-5-juta-di-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:54 MYT

George Town, 23 Julai - Polis merampas kira-kira 26 kilogram
heroin dan 0.6 kilogram syabu bernilai lebih RM1.5 juta serta menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, dekat sini Selasa lepas.

Operasi Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama Jabatan Narkotik Pulau Pinang dari pukul 9.30 pagi hingga 10.45 malam itu turut membongkar sebuah makmal memproses dadah di Bayan Lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kelima-lima lelaki yang ditahan itu berumur antara 27 dan 53 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

"Dalam serbuan pertama pada pukul 9.30 pagi di sebuah rumah di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin, serbuk kafein, bahan kimia serta peralatan memproses dadah selepas menahan seorang lelaki.

"Empat lagi lelaki ditahan dalam dua serbuan antara pukul 12.20 tengah hari dan 10.45 malam di kawasan Bayan Lepas dan Butterworth," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit juga dipercayai anggota kongsi gelap Gang O4 dan Sio Sam Ong.

Abdul Rahim berkata polis turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, wang tunai, barangan kemas dan jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1.42 juta.

"Siasatan awal polis mendapati dadah yang diproses itu adalah untuk kegunaan tempatan," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata dari Januari hingga 22 Julai lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar 10 makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan 31 orang dengan nilai rampasan dadah mencecah RM7.4 juta. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM