Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sokongan Keluarga Pembakar Semangat Konstabel Blledzdy Untuk Dinobat Sebagai Pelatih Keseluruhan Terbaik Plak

Published: 20 Feb 2020 11.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Dungun, 20 Februari 2020 – Sokongan moral yang padu dari keluarga menjadi pembakar semangat buat Konstabel Blledzdy Reo Lorin untuk menjalani latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) bilangan 23 siri 7/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun sekaligus beliau dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sokongan-keluarga-pembakar-semangat-konstabel-blledzdy-untuk-dinobat-sebagai-pelatih-keseluruhan-terbaik-plak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:06 MYT

Dungun, 20 Februari 2020 – Sokongan moral yang padu dari keluarga menjadi pembakar semangat buat Konstabel Blledzdy Reo Lorin untuk menjalani latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) bilangan 23 siri 7/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun sekaligus beliau dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

Dilahirkan dalam keluarga yang besar, Konstabel Blledzdy tidak pernah merasakan ia sebagai halangan untuk beliau memajukan diri, malah sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf hidup keluarganya. Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Konstabel merupakan titik permulaan baginya untuk menggapai impian menjadi seorang Pegawai Kanan Polis satu hari nanti.

Perbarisan tamat latihan yang disertai seramai 297 pelatih telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan di PULAPOL Dungun, pagi tadi.

Dato’ Mohamed Farid turut berbesar hati menyampaikan anugerah Pelatih Terbaik Akademik kepada Konstabel Muhammad Taufiq Mohamad Tarmizi Tan manakala Pelatih Terbaik Latihan Luar disandang oleh Konstabel Muhammad Kahfi Mohd Nazir.

Kesemua pelatih telah menjalani PLAK bermula 24 Ogos 2019 yang meliputi pelbagai ilmu pembelajaran undang-undang serta kaedah-kaedah berkesan tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, penggunaan dan keselamatan senjata api, penerapan nilai-nilai murni, pembentukan jati diri, kerohanian serta integriti.

Di samping itu, para pelatih juga diberi pendedahan berkaitan modul prosedur kerja secara teori dan juga amali, sebagai persediaan untuk penugasan di lapangan kelak.

Dato’ Mohamed Farid dalam ucapannya berkata, para pelatih Konstabel PDRM perlu memikul tanggungjawab yang diberikan dengan penuh berintegriti demi memartabatkan Pasukan di kaca mata masyarakat.

"Sesungguhnya kerjaya polis adalah satu jihad yang amat mulia. Setiap warga PDRM adalah khalifah di dunia ini, yang memikul amanah untuk mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan tiga fokus utama yang digariskan oleh Ketua Polis Negara bagi memperkasakan PDRM iaitu Meningkatkan Integriti Dan Akauntabiliti, Mempertingkatkan Tahap Sistem Penyampaian Perkhidmatan, dan Mendukung Usaha Ke Arah Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC) malah mengingatkan para pelatih agar berpegang teguh kepada 'Aku Janji' untuk melindungi kerahsiaan maklumat Pasukan, sepertimana yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dalam pada itu, Dato’ Mohamed Farid turut menzahirkan penghargaannya kepada ahli keluarga para pelatih atas kerelaan melepaskan mereka, untuk memilih PDRM sebagai kerjaya dan berterima kasih kepada warga PULAPOL Dungun yang berusaha mendidik serta melatih generasi pelapis PDRM untuk menjadi seorang anggota polis yang berwibawa.

“Semoga keikhlasan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, mendapat ganjaran yang sebaiknya daripada illahi,” tambah beliau lagi.

Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Roslee Chik, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato’ Nerita Yaacob, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Cawangan Khas Bukit Aman merangkap Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad, Timbalan Komandan PULAPOL Dungun, DSP Md Aruwan Md Amilah @ Harun dan isteri yang juga pemangku Pengerusi PERKEP PULAPOL Dungun, Puan Normala Hashim, barisan Pegawai Kanan Polis dan wakil-wakil media.

Image may contain: 2 people, people standing and hat
Blledzdy Reo Lorin dinobatkan sebagai pelatih Terbaik Keseluruhan.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Ketibaan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan diiringi oleh Timbalan Komandan PULAPOL Dungun, DSP Md Aruwan Md Amilah @ Harun.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Cawangan Khas Bukit Aman merangkap Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad bergambar kenangan bersamapemangku Pengerusi PERKEP PULAPOL Dungun, Puan Normala Hashim.

Image may contain: 1 person, standing, hat and outdoor
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan.

Image may contain: one or more people
Kawalan kehormatan memberikan Hormat Panglima kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan.

 
 
 
 


Image may contain: 7 people, people standing and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 4 people, outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: one or more people, sky, car and outdoor
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan dan Timbalan Komandan PULAPOL Dungun, DSP Md Aruwan Md Amilah @ Harun memeriksa baris.

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 1 person
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: one or more people, shoes, sky and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: one or more people, beard, hat and outdoor
Sekitar Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 1 person
Sekitar bacaan doa.

Image may contain: 9 people, people standing, shoes and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.
 

Image may contain: 7 people, people standing and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.

Image may contain: 6 people, people standing
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.

Image may contain: sky and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.

Image may contain: 2 people, outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa.

Image may contain: 6 people, people standing, shoes and outdoor
Lafaz ikrar taat setia oleh peserta Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 2 people, people standing, people on stage and outdoor
Persembahan daripada Pancaragam Kontinjen Kedah.

Image may contain: 1 person, child and outdoor
Persembahan daripada Pancaragam Kontinjen Kedah.

Image may contain: 6 people, crowd, shoes, child and outdoor
Persembahan seni mempertahankan diri oleh peserta Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 3 people, wedding and outdoor
Persembahan seni mempertahankan diri oleh peserta Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 4 people
Persembahan seni mempertahankan diri oleh peserta Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Persembahan seni mempertahankan diri oleh peserta Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 1 person, wedding and outdoor
Antara ibu bapa dan ahli keluarga pelatih yang turut hadir meraikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 4 people, people standing, flower and outdoor
Antara ibu bapa dan ahli keluarga pelatih yang turut hadir meraikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 2 people, outdoor
Antara ibu bapa dan ahli keluarga pelatih yang turut hadir meraikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Lelaki Bilangan 23 Siri 7/2019 bertempat di padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Image may contain: 2 people
Pelatih Terbaik Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) bilangan 23 siri 7/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.
 
Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor
Sesi bergambar kenangan.
ArticlePublished 20 Feb 2020 11.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM