
Artikel
Siri Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Kpn Diteruskan Ke Jspt Bukit Aman
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasm...
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Jabatan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman dengan berkunjung ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di sini.
Menerusi lawatan kerja rasmi tersebut, Dato' Sri Ayob Khan berpeluang menyampaikan amanat kepada warga kerja JSPT yang bertanggung jawab menguatkuasakan peraturan dan seterusnya menjaga keselamatan pengguna jalan raya dalam negara.
Terdahulu, Dato' Sri Ayob Khan telah diberi taklimat tentang beberapa peralatan dan jentera penguatkuasaan yang digunakan oleh JSPT sewaktu bertugas di lapangan.
JSPT merupakan jabatan yang kelima dilawati oleh Dato' Sri Ayob Khan dalam siri turun padang bertemu kepimpinan peringkat jabatan PDRM selepas Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti pada 6 September lalu.
Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT, Bukit Aman.
Jurugambar: Koperal Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.