Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Siri Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Kpn Diteruskan Ke Jspt Bukit Aman

Published: 14 Sep 2023 12.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Jabatan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman dengan berkunjung ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siri-lawatan-kerja-rasmi-timbalan-kpn-diteruskan-ke-jspt-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:03 MYT
 
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Jabatan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman dengan berkunjung ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di sini.

Ketibaan beliau di Tingkat 21, Menara 1, Bukit Aman sekitar jam 4.00 petang tadi telah disambut oleh Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mat Kassim Karim sebelum dibawa untuk menandatangani buku pelawat.

Menerusi lawatan kerja rasmi tersebut, Dato' Sri Ayob Khan berpeluang menyampaikan amanat kepada warga kerja JSPT yang bertanggung jawab menguatkuasakan peraturan dan seterusnya menjaga keselamatan pengguna jalan raya dalam negara.

Terdahulu, Dato' Sri Ayob Khan telah diberi taklimat tentang beberapa peralatan dan jentera penguatkuasaan yang digunakan oleh JSPT sewaktu bertugas di lapangan.

JSPT merupakan jabatan yang kelima dilawati oleh Dato' Sri Ayob Khan dalam siri turun padang bertemu kepimpinan peringkat jabatan PDRM selepas Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti pada 6 September lalu.

Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT, Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 10 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people, dais, hospital and text

May be an image of 11 people and text

ArticlePublished 14 Sep 2023 12.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM