Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Penipuan Cinta Internet Tumpas

Published: 17 Jun 2014 6.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Sindiket yang didalangi warga benua Afrika tersebut menyasarkan wanita tempatan dengan menabur berbagai tipu helah dan janji manis semata-mata ingin mencari keuntungan mudah. Laman sosial yang dilayar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-penipuan-cinta-internet-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:21 MYT

Berselindung disebalik apartment mewah sebagai markas untuk beroperasi, sebuah sindiket penipuan cinta internet rancak berleluasa. Hasil aduan orang ramai dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, diketuai Ketua Penolong Pengarah Operasi, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa bersama beberapa agensi penguatkuasa lain telah menyerbu apartment mewah berkenaan.

Sindiket yang didalangi warga benua Afrika tersebut menyasarkan wanita tempatan dengan menabur berbagai tipu helah dan janji manis semata-mata ingin mencari keuntungan mudah. Laman sosial yang dilayar melalui computer riba menjadi platform untuk mereka melakukan penipuan. Manakala barang berjenama turut menjadi umpan untuk mereka manabur lebih banyak tipu helah.

Ayat serta puisi cinta yang digarap khas menjadi modal mereka untuk meraih kepercayaan mangsa. Mereka mendakwa ingin mendaftar sebagai pelajar di unversiti tempatan sejak tujuh bulan yang lalu, namun statusnya masih diragui.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TvbVbXO-DQw

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM