Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Dadah Terbesar Tumpas

Published: 17 Jun 2014 7.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Batu Pahat - Kegiatan licik sindiket dadah yang menjadikan rumah di kawasan perumahan elit sebagai makmal dan stor dadah untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, kelmarin. Pegawai dan anggo..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-terbesar-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:38 MYT

Batu Pahat - Kegiatan licik sindiket dadah yang menjadikan rumah di kawasan perumahan elit sebagai makmal dan stor dadah untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, kelmarin. Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Polis Johor, dalam satu serbuan, berjaya merampas 1.178 tan dadah bernilai RM31 juta selepas menyerbu sebuah premis di Taman Flora Height. Makmal itu adalah yang terbesar di negara ini.

Seramai enam suspek, terdiri empat lelaki dan dua wanita, termasuk seorang warga China, ditahan. Mereka berusia dari 24 hingga 52 tahun.

Keenam-enam suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sindiket Dadah Terbesar Tumpas

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM