Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Simposium Ipcc Tahun 2025 Timbalan Kpn Tampil Sebagai Panel Jemputan

Published: 03 Dec 2025 10.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 2 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tampil sebagai panel dalam Forum “Masyarakat Cakna, Polis Berintegriti: Negara Kekal Harmoni” sempena Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Ballroom, Premiera Hotel, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/simposium-ipcc-tahun-2025-timbalan-kpn-tampil-sebagai-panel-jemputan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:22 MYT

Kuala Lumpur, 2 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tampil sebagai panel dalam Forum “Masyarakat Cakna, Polis Berintegriti: Negara Kekal Harmoni” sempena Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Ballroom, Premiera Hotel, di sini, petang tadi.

Turut menjadi panel ialah anggota IPCC, Puan Kartina Zamhari dan Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Sudirman Aban, manakala sesi forum dikendalikan oleh Puan Nor Herleena Mohd Rizal Pahlavy.

Simposium IPCC yang diadakan merupakan platform penting dalam memperkukuh integriti kepolisan melalui perkongsian ilmu, selain menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah kepolisan berorientasikan masyarakat dan pengukuhan hubungan polis bersama komuniti.

Sepanjang hampir dua jam sesi berlangsung, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa perubahan era digital bukan sahaja mengubah cara masyarakat menerima dan menyebarkan maklumat, malah meningkatkan keperluan kepada keberkesanan serta kesiapsiagaan Pasukan dalam menghadapi jenayah moden di samping memastikan integriti kekal sebagai teras perkhidmatan.

Selain itu, beliau turut menegaskan mengenai kepentingan mengurus kes-kes tular secara proaktif. Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan, justeru PDRM komited memberi maklum balas awal namun tetap mematuhi prosedur siasatan dan undang-undang yang ditetapkan.

Tan Sri Ayob Khan mengingatkan bahawa sebarang bentuk salah laku termasuk gejala rasuah tidak akan diterima sama sekali dan tindakan tatatertib akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana anggota yang melanggar etika perkhidmatan.

Penutupan simposium tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut mengadakan sesi dialog dan soal jawab bersama para hadirin.

Turut hadir ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta pegawai-pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text that says 'PUAN NOP BINTI BINTIMOHD MOHD TANS WIe ha 1O EENA AHLAVY 料'

May be an image of ‎one or more people, dais and ‎text that says '‎ه NEGARA KEKAL HARMONI Ku NA HLAVY TAN SRI Y KHAN NIN MYDIN PITCHAY PANEL 1 PUAN

May be an image of dais and text that says 'பிഡ്ക് KEMENTERIANDALAMNEGERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 1PCC 'KEPOLISAN BERINTEGRITI: TANGGUNGJ

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'KEMENTERIANDALAM.NECERI NEGERI 1PCC KEMEN KEMENTERIA ERIAN 身心 'KEPOLISAN BERINTEGRITI: TANGGUNGJAWAB BERSAMA


ArticlePublished 03 Dec 2025 10.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM