Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sexual Grooming Pantau Aktiviti Harian Anak Anda

Diterbitkan: 13 Nov 2018 5.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ramai di kalangan masyarakat Malaysia kurang faham bagaimana pencabulan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku terutama oleh pelaku yang dikenali rapat oleh mangsa itu sendiri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sexual-grooming-pantau-aktiviti-harian-anak-anda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT

Sexual Grooming Pantau Aktiviti Harian Anak Anda

Ramai di kalangan masyarakat Malaysia kurang faham bagaimana pencabulan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku terutama oleh pelaku yang dikenali rapat oleh mangsa itu sendiri.

Sudah pasti ia satu proses terancang yang mungkin mengambil masa berminggu, berbulan atau bertahun lamanya oleh pelaku untuk membuat mangsa berasa percaya dan selesa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa tersebut. 

Proses ini dikenali sebagai persediaan seksual (sexual grooming) di mana pembinaan kepercayaan oleh pelaku terhadap mangsa berlaku dan secara perlahan-lahan disusuli dengan penunjukkan tingkah laku seksual sehingga pelaku sampai ke tahap melakukan kesalahan jenayah seksual.

Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian anak-anak supaya mereka tidak termasuk sebagai golongan yang berpontensi untuk di'grooming' seperti:

a. Jika anak-anak diberikan telefon bimbit, periksa dengan siapa mereka berbual. Hadkan penggunaannya hanya pada waktu cuti sahaja. 

b. Jangan biarkan mereka menggunakan media sosial atau layari internet tanpa pengawasan orang dewasa.

c. Layan anak-anak seperti kawan supaya mereka selesa bercerita atau mengadu apa sahaja dengan anda.

d. Jika dapati berlaku perubahan drastik sikap atau tingkah laku anak-anak, segera bertanya. Jangan guna pendekatan "Ah, tidak mengapa. Biasalah tu budak-budak".

e. Jangan biasakan memberi peluang untuk anak-anak tidur di rumah rakan mereka tanpa sebab yang mendesak. Jika terpaksa, tetapkan peraturan untuk mereka hubungi anda setiap selang masa yang tertentu.

f. Peka dengan siapa anak-anak selalu berkawan baik secara realiti atau di alam maya. Penting untuk anda tahu latar belakang rakan mereka seperti umur, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan lain-lain maklumat yang dirasakan penting. Jangan letak 100% kepercayaan ke atas anak-anak. 

Paling penting, ibu bapa perlu memberi sokongan moral sepenuhnya kepada anak-anak yang menjadi mangsa cabul. Jangan sesekali salahkan mereka atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Beri kata-kata positif yang boleh memulihkan kembali semangat mereka selain jangan malu untuk laporkan perbuatan pelaku kepada pihak berkuasa demi menuntut keadilan untuk anak anda sendiri.

Sumber gambar: Google
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2018 5.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM