Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Lelaki Disyaki Lindungi Pati Ditahan

Published: 06 Jul 2015 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 6 Julai - Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lelaki-disyaki-lindungi-pati-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:54 MYT


Kota Kinabalu, 6 Julai - Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Dato’ Salehhudin Abdul Rahman berkata, lelaki berkenaan ditahan hasil serbuan ke atas sebuah premis di sebuah hotel dekat sini, pada 4.15 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang dipercayai penjaga premis, 13 wanita warga asing dan seorang lelaki warga Filipina.

"Dua daripada warga asing tersebut mempunyai pasport dan 12 lagi tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tahanan berusia antara 21 dan 59 tahun.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 iaitu mengambil kerja seseorang yang tidak memiliki pas yang sah dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melindungi PATI.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Jul 2015 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM