Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembangtrafik Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah Mengancam Nyawa Pengguna Jalan Raya Lain

Diterbitkan: 17 Oct 2020 12.00 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Memandu di bawah pengaruh dadah bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kemalangan maut. Ini adalah kerana, mengambil dadah bukan sahaja boleh menjadikan seseorang itu berhalusinasi ketika memandu, malah boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa sedar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembangtrafik-memandu-di-bawah-pengaruh-dadah-mengancam-nyawa-pengguna-jalan-raya-lain
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT

Memandu di bawah pengaruh dadah bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kemalangan maut. Ini adalah kerana, mengambil dadah bukan sahaja boleh menjadikan seseorang itu berhalusinasi ketika memandu, malah boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa sedar.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang adalah menjadi satu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000 serta penjara sehingga 10 tahun. Seseorang yang disabitkan di bawah Seksyen ini juga akan hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang daripada lima tahun.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17102020

ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2020 12.00 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM