Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembang Trafik

Diterbitkan: 25 Jan 2019 9.10 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
SAMAN TRAFIK: ELAK BAYAR MELALUI EJEN Orang ramai dinasihatkan untuk menjelaskan saman kesalahan trafik melalui saluran yang betul tanpa melalui ejen. Ia adalah untuk memastikan saman tersebut sudah dijelaskan dan dipadamkan daripada sistem kesalahan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jangan tertipu dengan sindiket yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan diskaun saman. Saman telah dibayar, resit pun diterima te
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembang-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:51 MYT

SAMAN TRAFIK: ELAK BAYAR MELALUI EJEN

Orang ramai dinasihatkan untuk menjelaskan saman kesalahan trafik melalui saluran yang betul tanpa melalui ejen. Ia adalah untuk memastikan saman tersebut sudah dijelaskan dan dipadamkan daripada sistem kesalahan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan tertipu dengan sindiket yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan diskaun saman. Saman telah dibayar, resit pun diterima tetapi masih wujud dalam sistem. Elakkan diri anda daripada terpedaya dengan ‘promosi’ diskaun saman trafik ditawarkan individu atau sindiket tertentu.

PDRM ada sistem bayaran saman yang dikawal selia dengan rapi. Sila hadir di mana-mana ibu pejabat polis/kaunter trafik untuk jelaskan saman anda dan dapatkan resit rasmi daripada PDRM.

Rujukan:
https://www.thestar.com.my/…/public-advised-not-to-use-ag…/…

https://www.hmetro.com.my/…/…/jangan-terpedaya-diskaun-saman

ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2019 9.10 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM