Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Semak Dahulu Tempat Penginapan Sebelum Tempah

Published: 15 Dec 2019 1.00 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Selain destinasi percutian menarik, tempat penginapan yang bersih dan selesa turut menjadi keutamaan setiap kali kita bercuti.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semak-dahulu-tempat-penginapan-sebelum-tempah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:36 MYT

Selain destinasi percutian menarik, tempat penginapan yang bersih dan selesa turut menjadi keutamaan setiap kali kita bercuti.

Dan pastinya, ramai akan menggunakan aplikasi dalam talian untuk mencari dan membuat tempahan.

Namun, jangan terlalu percaya dengan informasi yang dipaparkan kerana dikhuatiri, apa yang ditawar hanya indah khabar dari rupa.

Dan lebih teruk lagi, tempat yang diimpi langsung tidak wujud dan wang anda 'hangus' begitu sahaja.

Nasihat kami:

1. Pastikan aplikasi yang digunakan adalah asli dan diakui kredibilitinya.

2. Buat carian lanjut bagi sesuatu tempat penginapan yang dipilih, bagi memastikan ia benar-benar wujud.

3. Baca ulasan pelanggan pada satu-satu carian tempat yang dibuat. Elakkan menempah tempat yang langsung tiada ulasan atau menerima banyak aduan.

4. Buat rujukan rakan-rakan dalam media sosial (contoh: Group Backpackers Buddies Malaysia). Dapatkan pandangan mereka yang mungkin pernah menginap di tempat-tempat yang anda pilih tersebut.

Tip tambahan:

5. Kebiasaannya, pihak hotel atau chalet akan menggunakan talian tetap, dan bukannya nombor telefon bimbit untuk urusan rasmi.

Berhati-hatilah jika ada pihak yang hanya menggunakan nombor telefon bimbit atau aplikasi Whatsapp untuk sebarang urusan tempahan.

Semak Dahulu Tempat Penginapan Sebelum Tempah

ArticlePublished 15 Dec 2019 1.00 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM