Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Semai Budaya Kerja Cemerlang Amanah Laksanakan Tugas Kpn

Published: 11 Oct 2019 4.22 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2019 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru untuk sentiasa menyemai budaya kerja cemerlang dan amanah dalam melaksanakan tugasan harian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semai-budaya-kerja-cemerlang-amanah-laksanakan-tugas-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2019 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru untuk sentiasa menyemai budaya kerja cemerlang dan amanah dalam melaksanakan tugasan harian.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, apa jua kejayaan yang diimpikan oleh Pasukan bergantung kepada warga kerjanya yang diberi amanah untuk mengerakkan jentera PDRM dengan cemerlang, berlandaskan kompetensi untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

"Tiga elemen utama iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang profesional ketika bertugas perlu wujud dalam diri setiap pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam PDRM agar terus kekal relevan di kaca mata masyarakat.

"Terus berpegang teguh kepada sumpah keramat Pasukan untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas, telus dan komited, kepada agama, raja, juga negara. Kita dihormati dan disegani adalah kerana integriti kita," ujar beliau dalam amanat bersempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan PDRM, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi tadi.

Perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman itu turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan barisan Pengarah PDRM.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.


Image may contain: 5 people, people standing and text
Sekitar Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Image may contain: 5 people, indoor
Sekitar Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman

Image may contain: 17 people, people standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 4 people, text
Sekitar bacaan ikrar.

Image may contain: 2 people, people standing, people sitting and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang. Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Bergambar kenangan.
ArticlePublished 11 Oct 2019 4.22 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM