Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Selepas Kompleks 3 Menara 2 Bukit Aman Pula Terbakar

Published: 20 Nov 2019 8.42 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 20 November 2019 – Selepas Kompleks 3, Ibu Pejabat Bukit Aman mengalami 'kebakaran' minggu lalu, insiden sama dikesan berlaku di Tingkat 5 dan 22, Menara 2, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selepas-kompleks-3-menara-2-bukit-aman-pula-terbakar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:08 MYT

Kuala Lumpur, 20 November 2019 – Selepas Kompleks 3, Ibu Pejabat Bukit Aman mengalami 'kebakaran' minggu lalu, insiden sama dikesan berlaku di Tingkat 5 dan 22, Menara 2, di sini, pagi tadi.

Suasana panik dan kelam kabut akibat asap tebal yang menyelubungi kedua-dua tingkat tersebut menyebabkan 975 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas menyelamatkan diri dengan melalui tangga kecemasan.

Seramai 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia segera ke lokasi kejadian sebelum 'kebakaran' berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian.

Situasi di atas bukan kejadian sebenar tetapi latihan kebakaran yang dilakukan pihak bomba terhadap warga kerja Bukit Aman apabila berhadapan dengan situasi di luar jangka.

Pelaksanaan latihan kali kedua dilakukan itu bertujuan memberi pendedahan selain tindakan dan tatacara yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan setiap individu yang terlibat.

Keseluruhan latihan yang berlangsung hampir sejam itu diketuai oleh Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba, Tuan Logeswaran Lavan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ, DCP Dato’ Mohd. Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali dan para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: one or more people, sky, tree and outdoor
Jentera bomba tiba di pekarangan Menara 2, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Image may contain: 27 people, people smiling, crowd and outdoor
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 19 people, people smiling, outdoor
Bergambar kenangan.
ArticlePublished 20 Nov 2019 8.42 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM