
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-64 penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau lebih sinonim dengan panggilan FRU - Federal Reserve Unit.
Pasukan khas ini ditubuhkan pada 5 Disember 1955 dengan peranan utamanya sebagai pencegah rusuhan.
Mereka juga bertanggungjawab dalam penugasan melibatkan perhimpunan haram dan lain-lain berkaitan ketenteraman awam.
Semoga di bawah pimpinan komandernya, SAC Tuan Haji Hamzah Haji Ahmad, PSP akan terus kekal hebat dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#PasukanSimpananPersekutuan
#FederalReserveUnit
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice