
Artikel
Selamat Menyambut Hari Atm Ke 88 Tahun 2021
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim serta warga Polis Diraja Malaysia menguca...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim serta warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera (ATM) Malaysia Ke-88 Tahun 2021 kepada seluruh warga ATM.
Pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh setiap perwira ATM dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjuang sebagai petugas barisan hadapan untuk memerangi pandemik COVID-19, amat tidak ternilai harganya.
Setinggi-tinggi penghargaan atas jalinan persahabatan dan kerjasama erat kepada PDRM selama ini dalam memastikan negara tercinta Malaysia selamat, aman serta berdaulat!