Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seikhlas Budi Titipan Memori Gamit Kenangan Perkhidmatan Pesara Pdrm

Published: 23 Dec 2023 1.05 AM Updated: 24 Sep 2026 9.44 AM
Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 – "Seikhlas Budi, Titipan Memori" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seikhlas-budi-titipan-memori-gamit-kenangan-perkhidmatan-pesara-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:35 MYT
Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 – "Seikhlas Budi, Titipan Memori" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Majlis anjuran Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman tersebut telah dihadiri seramai 251 pesara pegawai kanan polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen, untuk menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Pasukan selama ini.

Lebih bermakna, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Timbalan Yang di-Pertua Mes PDRM bersama isteri SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia.
Berucap dalam majlis malam tadi, Dato' Sri Ayob Khan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada para pesara atas segala khidmat bakti yang diberikan bersama PDRM dan mengalu-alukan sebarang nasihat dan teguran membina agar Pasukan dapat terus mengorak langkah ke mercu kegemilangan.

Beliau turut berharap agar para pesara dapat terus bergiat aktif dalam Persatuan-Persatuan Bekas Pesara Polis, demi kemaslahatan Pasukan tercinta.
“Pucuk pimpinan Pasukan sentiasa berusaha untuk memperjuangkan hak dan kebajikan warga kerjanya, termasuklah bagi yang telah meninggalkan “active duty” atas sebab persaraan. Kebajikan para pesara akan terus terpelihara di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan.” ujar beliau.

Beliau juga menyarankan supaya para pesara dapat mendaftar di dalam Sistem e-Pesara PDRM, agar segala isu kebajikan dapat disalurkan secara berterusan.
Kemuncak majlis tadi ialah penyampaian cendera kenangan kepada barisan pesara yang hadir dengan disempurnakan oleh Dato' Sri Ayob Khan sambil diapit oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang di-Pertua Mes PDRM, DCP Dato' Fadzil Ahmat.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM bersama isteri dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text that says 'MILIK PDRM d'

ArticlePublished 23 Dec 2023 1.05 AMUpdated 24 Sep 2026 9.44 AM