
Segmen Throwbackpdrm Polis Wanita Serba Boleh
Mengendalikan kenderaan pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia sudah tidak asing lagi bagi pegawai polis wanita. Ini akan menjadikan mereka seorang yang serba boleh ketika melaksanakan sesuatu tugas dan merupakan kriteria yang sering diterapkan dalam Pasukan.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini dirakam ketika dua orang anggota polis wanita menjalani latihan mengendalikan Land Rover ketika membuat persediaan upacara perbarisan sempena tamat zaman darurat di Pulau Pinang pada 30 Julai 1960.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#26092020