Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Segmen Throwbackpdrm Penganugerahan Panji Kepada Batalion Khas 19 Pga

Diterbitkan: 07 Jul 2020 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/segmen-throwbackpdrm-penganugerahan-panji-kepada-batalion-khas-19-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:46 MYT
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut dirakamkan semasa Majlis Penganugerahan Panji kepada Batalion Khas 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 25 Mac 2007 bersamaan 6 Rabiulawal 1428H sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan pengorbanan warga PDRM dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin.

Panji tersebut diterima oleh Pegawai Pemerintah Batalion 19 ketika itu iaitu Superintendan Ahmad Amir Mohd Hashim dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara Ke-8, Tan Sri Musa Hassan.

Batalion 19 PGA diwujudkan pada 1 Julai 2004 di mana upacara perasmian telah disempurnakan oleh KPN pada waktu itu dan diletakkan di bawah kawalan Briged Tengah, PGA Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber:
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2020 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM