
Article
Segmen Throwbackpdrm Kenangan Indah Pengurniaan Gelaran Diraja
Pasti menjadi kenangan paling bermakna buat Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu selepas menerima anugerah gelaran ‘Diraja’ yang merupakan anugerah tertinggi...
Pasti menjadi kenangan paling bermakna buat Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu selepas menerima anugerah gelaran ‘Diraja’ yang merupakan anugerah tertinggi buat Pasukan.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini dirakam ketika pegawai polis wanita menyertai upacara perbarisan sempena Penganugerahan Gelaran Diraja yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 24 Julai 1959.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.