
Segmen Throwbackpdrm Jungle Squad Bantu Polis Hapuskan Pengganas Komunis
Terlalu banyak liku-liku yang perlu ditempuhi anggota keselamatan kita demi memastikan negara ini aman daripada rusuhan dan ancaman musuh. Sebagai rakyat yang cintakan negara, ayuh kita cari titik persamaan agar keamananan ini terpelihara.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini dirakam lensa kamera ketika anggota Pasukan “Jungle Skuad” membuat rondaan menggunakan kenderaan Pasukan bagi membantu anggota polis menghapuskan pengganas komunis yang mejadi musuh negara sekitar tahun 1948.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17092020