
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Pada 15 Disember 1952, Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu, Mendiang Sir Arthur E. Young telah memperkenalkan lencana `Bersedia Berkhidmat', bertujuan memberi semangat dan dorongan kepada anggota polis dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sumber: Sejarah Bergambar Institusi Polis Di Malaysia (Edisi Kedua).