
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini dirakam ketika Almarhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang pada masa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong telah melawat galeri Muzium Polis Diraja Malaysia yang terletak di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.