
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini dirakam lensa kamera ketika anggota Unit Pancaragam Polis Diraja Malaysia menyertai Perbarisan 200 Tahun Pasukan Polis yang diadakan di Dataran Merdeka pada 25 Mac 2007.
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.