Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sedekad Insiden Pencerobohan Lahad Datu

Published: 01 Mar 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hari ini, tanggal 1 Mac 2023, genaplah sedekad insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sedekad-insiden-pencerobohan-lahad-datu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:49 MYT
Hari ini, tanggal 1 Mac 2023, genaplah sedekad insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sesungguhnya, peristiwa penuh tragedi itu tidak mungkin akan luput dari ingatan kita semua, khasnya warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Hinggalah ke hujung nyawa, merekalah wira-wira negara berpegang teguh pada janji, tiada sesiapapun boleh merampas tanah tumpah darah kami ini!

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah:

1. Allahyarham ASP Zulkifli Mamat
2. Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah:

1. Allahyarham ACP Ibrahim Lebar
2. Mendiang DSP Michael Padel
3. Allahyarham Sarjan Mejar Detektif Baharin Hamit
4. Allahyarham Sarjan Mejar Aziz Sarikun
5. Allahyarham Sarjan Sokongan Salam Togiran
6. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran

Damailah wahai perwira negara di negeri yang abadi. Terima kasih jua atas segala jasa, budi dan pengorbanan yang ditaburkan. Pastinya akan kami kenang dan perjuangkan buat selama-lamanya.

Al-Fatihah dan Salam Takziah.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InsidenPencerobohanLahadDatu
#OpSulu
#OpDaulat
#01032023

May be an image of 8 people and text
ArticlePublished 01 Mar 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM