
Scam Alert Awas Tipu Boost Menang Hadiah
Jangan mudah panik jika anda menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang meminta untuk melayari laman web tertentu bagi menuntut hadiah peraduan Boost. Laman web ini akan meminta anda untuk log masuk ke perbankan internet dengan memasukkan nombor telefon, nama pengguna dan kata laluan.
Untuk membuat transaksi, Transaction Authorization Code (TAC) akan dihantar ke nombor telefon anda. Sindiket ini akan menghubungi serta meminta nombor TAC dan seterusnya wang berjaya dipindahkan.
Ambil langkah berhati-hati dan jika tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan, jangan mudah percaya.
Ingat tiada cara mudah untuk kita cepat kaya!
Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#BeSmart
#ScamAlert
#TipuSMS
#TipuBoost