Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 213 15 Hari Lagi
Pakaian Seragam "Federated Malay States Police" (FMS) Tahun 1920.
Pada tahun 1919, Pesuruhjaya Polis W.L. Conlay mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan beliau telah mengambil pemuda-pemuda tempatan untuk berkhidmat dengan Pasukan Polis. Pada tahun 1923, keanggotaannya meningkat ke angka 4,000 orang.
Kelengkapan bagi pakaian tersebut ialah :
- Topi (Tarbus) bulat biru berjambul/Badges bintang FMS
- Baju lengan panjang berwarna biru
- Seluar panjang biru
- Tali pinggang kain putih berkepala ular
- Angklet putih tinggi
- Butang ‘crome’ berlambang bintang
- Kasut kulit hitam
#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
