Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PAHLAWAN NEGARA

Diterbitkan: 01 Aug 2024 1.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 1 Ogos 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Pahlawan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-pahlawan-tahun-2024-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-bersama-kdymm-raja-permaisuri-agong-zahir-penghargaan-kepada-pahlawa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:24 MYT
SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PAHLAWAN NEGARA
Laman Utama / Artikel / SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PAHLAWAN NEGARA
Kembali ke Pustaka
Artikel

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PAHLAWAN NEGARA

Putrajaya, 1 Ogos 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Perm...
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERSAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PAHLAWAN NEGARA

Putrajaya, 1 Ogos 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Pahlawan, semalam.

Menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan itu atas jasa, khidmat serta bakti yang dicurahkan ATM dan PDRM dalam melindungi kedaulatan tanah air.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM turut menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira negara dalam menjaga keamanan serta ketenteraman tanah air tanpa mengira masa.
“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah dan salam takziah buat pahlawan dan perwira negara yang terkorban semasa bertugas.

"Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Seri Paduka Baginda.
Sumber: Utusan Malaysia
 
ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2024 1.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM