Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 67 Kpn Turun Padang Tinjau Persiapan Detasemen Pdrm

Published: 28 Aug 2024 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 28 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi turun padang ke Kompleks Istana Kehakiman untuk meninjau persiapan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-kebangsaan-ke-67-kpn-turun-padang-tinjau-persiapan-detasemen-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:03 MYT
Putrajaya, 28 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi turun padang ke Kompleks Istana Kehakiman untuk meninjau persiapan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Beliau selaku pucuk pimpinan hadir untuk melihat sendiri persiapan detasemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disertai seramai 1,173 pegawai, anggota dan aset milik Pasukan.

Kekuatan detasemen Pasukan adalah daripada 10 buah jabatan dalam PDRM termasuk daripada Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Selain meninjau detasemen PDRM, Tan Sri Razarudin turut melihat gabungan persembahan daripada lain-lain agensi termasuk kebudayaan yang bakal membuat persembahan di hadapan tetamu utama negara nanti.

Hadir sama pada sesi raptai tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed serta para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 13 people, clarinet and text

May be an image of 6 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 10 people, crowd and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text


ArticlePublished 28 Aug 2024 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM