
Artikel
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 65 5 Hari Lagi
Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 yang bakal disambut pada 31 Ogos depan, kami bawakan kepada anda penghargaan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertuga...
Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 yang bakal disambut pada 31 Ogos depan, kami bawakan kepada anda penghargaan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di belakang tabir bagi memastikan kelancaran sambutan rasmi itu saban tahun.
Petugas Muzium PDRM adalah mereka yang memainkan peranan penting dalam membuat kajian sejarah, mengurus, membina deko hiasan dan mempersembahkan pentomen atau tarian di hadapan tetamu negara mengikut tentatif program.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas PDRM di seluruh negara yang bertungkus lumus membantu merancang, menyelaras dan melaksana pelan sambutan Hari Kebangsaan, sama ada di peringkat Persekutuan, negeri mahupun daerah.
Kerana anda, Keluarga Malaysia Teguh Bersama! 
