Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Koperal Ardiansyah Juara Pertandingan Sdpk Ke 35 Peringkat Pdrm

Diterbitkan: 27 Aug 2021 1.57 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber imej: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-kebangsaan-2021-koperal-ardiansyah-juara-pertandingan-sdpk-ke-35-peringkat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2021 - Pilihan untuk mendeklamasikan sajak bertajuk 'Segugus Ingatan Rubaiyat Bangsa' ternyata membawa tuah buat Koperal Ardiansyah Wayang dari Cawangan Pancaragam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah apabila beliau dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Ke-35 peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan secara dalam talian, petang tadi.

Koperal Ardiansyah yang mendeklamasikan karya Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Dr. Shamsudin Othman itu berjaya mengenepikan 15 peserta lain Polis Diraja Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara yang diadakan pada tahun ini.

Naib johan pula disandang oleh Sarjan Roseshini Kasim dari Unit Penyelidikan Latihan, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur yang mendeklamasikan sajak bertajuk 'Abadikan Kesetian Kita', nukilan Sani La Bise. Manakala sajak bertajuk 'Milik Siapakah Tanah Ini?', karya Mohd Ghazali Talib yang dideklamasikan oleh Sarjan Adam Bakhtiar Buck Lee Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds, berjaya meraih tempat ketiga.
Saingan SDPK peringkat PDRM pada tahun ini telah bermula sejak 15 Julai 2021 dan berakhir pada 25 Ogos lalu dengan enam daripada para peserta yang mengambil bahagian telah melayakkan diri ke peringkat akhir, hari ini.

Acara kemuncak tadi telah diadili oleh juri bertauliah yang terdiri daripada Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Mohd Ghazali Taib, Timbalan Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Superintendan Mohamed Mahat dan Deklamator Kebangsaan, Encik Mohamad Tarmizi Kassim.
Buat para pemenang dan penerima saguhati SDPK pada tahun ini, ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-64!

Sumber imej: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)

May be an image of text that says 'GAPENA KEPUTUSAN SAYEMBARADEKIAVASIPUSIKI.MERDEKAN KE-35, TAHUN 2021 PERINGKAT POLIS MALAYSIA (PDRM) JOHAN KOPERAL ARDIA
ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2021 1.57 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM