Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hara 2025 Timbalan Kpn Tegas Sokongan Pdrm Terhadap Usaha Kerajaan Perangi Rasuah

Diterbitkan: 05 Dec 2025 2.05 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.42 PM
Putrajaya, 5 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan komitmen serta sokongan padu Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap usaha berterusan Kerajaan dalam memerangi rasuah melalui Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hara-2025-timbalan-kpn-tegas-sokongan-pdrm-terhadap-usaha-kerajaan-perangi-rasuah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT
Putrajaya, 5 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan komitmen serta sokongan padu Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap usaha berterusan Kerajaan dalam memerangi rasuah melalui Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Majlis yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu petang tadi telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Bertemakan “Bersama Perkhidmatan Awam MADANI Memerangi Rasuah: Membentuk Integriti Masa Hadapan”, sambutan itu digerakkan melalui kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Institut Integriti Malaysia (IIM).

Dalam ucapan aluannya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki menegaskan kesungguhan SPRM dalam menyokong iltizam Kerajaan MADANI untuk membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa, sekali gus memperkukuh integriti perkhidmatan awam.

Sementara itu, Dato' Seri Anwar dalam ucapan perasmiannya mengajak seluruh rakyat memperkukuh nilai integriti sebagai asas transformasi holistik masyarakat, di samping merakamkan penghargaan kepada semua agensi penguatkuasaan yang terus memainkan peranan penting membanteras rasuah demi mencapai negara yang bebas korupsi.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) serta Kempen Clean Economic Ecosystem (CEE) oleh Dato’ Seri Anwar sebagai langkah memperkukuh struktur tadbir urus negara dan memantapkan budaya akauntabiliti dalam pentadbiran sektor awam.

Turut hadir dalam sambutan tadi ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud serta barisan Pengarah PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2025 2.05 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.42 PM