Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Saman 50 Peratus Diskaun Orang Ramai Serbu Balai Trafik

Diterbitkan: 08 Nov 2018 7.09 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 8 November 2018 - Lebih 500 pesalah trafik sudah menyelesaikan tunggakan saman trafik selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali di Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/saman-50-peratus-diskaun-orang-ramai-serbu-balai-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:48 MYT

Kuala Lumpur, 8 November 2018 - Lebih 500 pesalah trafik sudah menyelesaikan tunggakan saman trafik selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali di Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee, di sini hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, jumlah tersebut dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Seperti semalam, orang ramai mula hadir kira-kira pukul 7 pagi tadi untuk membayar saman dan setakat ini, proses berjalan lancar.

“Kita juga membuka kaunter warga emas untuk memudahkan mereka supaya tidak beratur panjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, barisan panjang masih sama seperti semalam dan tidak berkurangan walaupun sudah masuk waktu tengah hari.

Sementara itu, pekerja swasta, Kwan Yau Lae, 39, menyatakan rasa gembira dengan tawaran yang dilakukan polis.

“Walaupun terpaksa beratur panjang, saya berjaya menyelesaikan 10 saman tertunggak melibatkan isteri serta anak-anak,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2018 7.09 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM