Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang Sac I B Datuk Dr Leong Chee Woh

Published: 18 Jul 2021 11.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang SAC I (Bersara), Datuk Dr. Leong Chee Woh yang telah meninggal dunia petang tadi akibat strok di kediaman beliau di Seri Kembangan, Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salam-takziah-buat-keluarga-mendiang-sac-i-b-datuk-dr-leong-chee-woh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang SAC I (Bersara), Datuk Dr. Leong Chee Woh yang telah meninggal dunia petang tadi akibat strok di kediaman beliau di Seri Kembangan, Selangor.

Mendiang merupakan penerima anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani (P.G.B.) yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad V pada 9 September 2017.

Anak jati kelahiran Taiping, Perak, mendiang Datuk Dr. Leong Chee Woh memasuki perkhidmatan PDRM pada 1 Disember 1950 dan jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Pengarah (Operasi), Cawangan Khas Bukit Aman.

Datuk Dr. Leong telah dilantik mengetuai Pasukan Rahsia Cawangan Khas PDRM iaitu Pasukan E3F atau lebih dikenali dengan nama Pasukan F dalam misi membanteras pengganas komunis ketika kebangkitan kedua Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1968-1989 di Semenanjung Malaysia.

Sejarah mencatatkan Pasukan F telah berjaya membunuh seramai 48 orang pengganas PKM dan menahan seramai 171 orang lagi bersama 1,432 orang tali barut. Kejayaan Pasukan F melumpuhkan pemberontakkan pengganas PKM di Tanah Malaya turut menjadi faktor utama termeterainya Perjanjian Hatyai 1989 sehingga membawa kepada pembubaran PKM.

Selamat berehat buat selama-lamanya, Perwira Negaraku.

May be an image of 1 person and text that says 'SALAM TAKZIAH LEONG BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Mendiang SACI(B) Datuk Dr. Leong Chee Woh (P.G.B.) Panglima
 
 
ArticlePublished 18 Jul 2021 11.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM